Khamis, 3 September 2015


 PENGENALAN



 

MAKSUD PERISTIWA 13 MEI



  • Peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku antara kaum Melayu dengan Cina dan kemuncak masalah perpaduan di malaysia.
  • Tragedi ini telah megakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan ''Pilihan Raya Umum 1969''yang merupakan satu sejarah negara malaysia
  • Tragedi ini telah berlaku pada 13 MEI 1969 sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 bertempat di Kuala Lumpur dan sekelilingnya sahaja(SELANGOR).
  • Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepaspenjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia



                                                                                                                                                            

LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI


                          1. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.
  • Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
                           2. KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN

                                               
  • Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
  • Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.
                                          3. PERARAKAN KEMATIAN CINA

  • Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu
                                   4. RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR 
   
  • UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.
  
                                                   5.  REGIMEN RENJER
  • Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.
                                                   6. ASKAR MELAYU
  • Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.  Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.
                                                 7. PANGGUNG ODEON
 
  • Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. 


 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969

1.         Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

  • Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan secara berbeza-beza.. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
  • Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang melayu dan cina. 

                2.        Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

  • Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan 
  • Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
  • Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang .
  • Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3.         Latar belakang pendidikan yang berbeza

  • Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
  • Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.

4.        Pertelingkahan Parti Politik

  • Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . 
  • Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
  • Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
5.       Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
  • PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan 
  • Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6.         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
  • Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
  • Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi

                KERATAN AKHBAR DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

                                                           CONTOH KERATAN AKHBAR YANG                                                                                                            MENCERITAKANKISAH                                                                                                       13MEI 1969


KERATAN DIATAS MENDEDAHKAN PUNCA 13 MEI 1969


KERATAN INI MENUNJUKAN KESAN YANG BERLAKU AKIBAT PERISTIWA HITAM INI

                                                                   SEHARI SEBELUM KEJADIAN



                             









                                   

             


                        Keratan akhbar diatas dikerat dari akhbar the malay mail bertarikh 13 mei 1969


TINDAKAN YANG DIAMBIL AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969

1. Pengisytiharan Darurat
  • Perdana Menteri , Tuanku Abdul Raman dan ahli Jemaah Menteri telah menasihatkan YDPA untuk meisytiharkan Darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
2. Pembentukan MAGERAN pada 17 Mei 1969
  • Bertejuan mengambil alih tugas Parlimen buat sementara. MANGERAN dianggotai Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Datuk Hamzah dan ramai lagi.
3. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Negara(MMN) 
  • JPN ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
4. Penubuhan Majlis Negara(MAPEN) pada 29 Jan 1970
  • bertujuan mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk membentuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat malaysia


                                             KESIMPULAN


Selepas peristiwa ini keraja.an telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku

Antara video-video yang berkaitan dengan peristiwa  13 mei

                                   
Filem Tanda PUTERA arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba juga menerangkan tentang peristiwa hitam tersebut.


                                                      


             PENGAJARAN

  1. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersatu   padu antara kaum dan bekerjasama serta menghargai peranan kaum-kaum yang lain.
  2. Walaupun Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama justeru itu kita hendaklah menghormati budaya dan agama masing-masing.
  3. Dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara.
  4. Kita hendaklah selalu mengeratkan silaturrahim dan berbaik dengan semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.

           RUJUKAN


  1. http://www.malaysiakamu.blogspot.com/2010/05/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html 
  2. http://www.tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.html
  3. http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/kesan-peristiwa-13-mei-1969.html
  4. http://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/
  5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
  6. 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku Abdul Rahman
  7. 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, Abdul Rahman Ibrahim
  8. 13 May 1969 The Darkest Day in Malaysia History, Leon Comber