PENGENALAN
MAKSUD PERISTIWA 13 MEI
- Peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku antara kaum Melayu dengan Cina dan kemuncak masalah perpaduan di malaysia.
- Tragedi ini telah megakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan ''Pilihan Raya Umum 1969''yang merupakan satu sejarah negara malaysia
- Tragedi ini telah berlaku pada 13 MEI 1969 sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 bertempat di Kuala Lumpur dan sekelilingnya sahaja(SELANGOR).
- Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepaspenjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia
LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI
1. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.
- Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
- Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
- Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.
- Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu
- UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.
5. REGIMEN RENJER
- Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.
- Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.
- Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
- Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan secara berbeza-beza.. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
- Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang melayu dan cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
- Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan
- Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
- Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang .
- Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
- Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
- Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
4. Pertelingkahan Parti Politik
- Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
- Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
- Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
- PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan
- Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
- Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
- Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
4. Pertelingkahan Parti Politik
KERATAN AKHBAR DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969
Keratan akhbar diatas dikerat dari akhbar the malay mail bertarikh 13 mei 1969
TINDAKAN YANG DIAMBIL AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969
1. Pengisytiharan Darurat
- Perdana Menteri , Tuanku Abdul Raman dan ahli Jemaah Menteri telah menasihatkan YDPA untuk meisytiharkan Darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
- Bertejuan mengambil alih tugas Parlimen buat sementara. MANGERAN dianggotai Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Datuk Hamzah dan ramai lagi.
- JPN ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
- bertujuan mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk membentuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat malaysia
KESIMPULAN
Selepas peristiwa ini keraja.an telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku
Antara video-video yang berkaitan dengan peristiwa 13 mei
Filem Tanda PUTERA arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba juga menerangkan tentang peristiwa hitam tersebut.
PENGAJARAN
- Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersatu padu antara kaum dan bekerjasama serta menghargai peranan kaum-kaum yang lain.
- Walaupun Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama justeru itu kita hendaklah menghormati budaya dan agama masing-masing.
- Dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara.
- Kita hendaklah selalu mengeratkan silaturrahim dan berbaik dengan semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.
RUJUKAN
- http://www.malaysiakamu.blogspot.com/2010/05/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html
- http://www.tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.html
- http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/kesan-peristiwa-13-mei-1969.html
- http://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
- 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku Abdul Rahman
- 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, Abdul Rahman Ibrahim
- 13 May 1969 The Darkest Day in Malaysia History, Leon Comber
Casinos near Hollywood, NC near Hollywood, NC
BalasPadamSearch for 구미 출장안마 Casinos 춘천 출장안마 near Hollywood, NC near Hollywood, NC from 오산 출장안마 Mapyro users. Casinos Near Hollywood, NC · Hollywood Casino 대전광역 출장안마 at Charles 동두천 출장샵 Town Races · Hollywood Casino at Charles Town Races.
Jika Anda melihat skenario saat ini sehubungan dengan hibah untuk ekspansi usaha kecil, pemerintah federal sebenarnya tidak menawarkan hibah langsung. Namun demikian, ada beberapa program oleh pemerintah, di mana hibah untuk kegiatan penelitian dan pengembangan yang mungkin dilakukan oleh usaha kecil disediakan oleh SBA. Kemudian ada hibah tidak langsung dalam bentuk jaminan pinjaman usaha kecil serta pinjaman bersubsidi, di mana Anda mendapatkan pinjaman dengan tingkat bunga yang lebih rendah dari bank karena pemerintah membayar sebagian dari pinjaman Anda. Atau jika Anda gagal membayar pinjaman Anda, pemerintah membayar bank atas nama Anda. Seperti yang Anda lihat, ada banyak peluang untuk pendanaan usaha kecil dan hibah melalui Mr Pedro dan perusahaan pendanaannya. Mereka menawarkan pinjaman pada tingkat 2% yang sangat terjangkau. Sebagai pemilik bisnis pemula, Anda hanya perlu berusaha untuk menemukan yang paling sesuai dengan tujuan bisnis Anda.
BalasPadamHubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com / Teks WhatsApp: +1 863 231 0632 untuk pinjaman.
Semua yang terbaik!